Pages

Monday, 22 April 2013

Tugasan 2 (Kerja Kursus Sejarah PMR 2013)

Tugasan 2: 

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda. 
Nilai-nilai Patriotisme yang perlu pelajar masukkan dalam tugasan 2

(sekurang-kurangnya 5 nilai patriotisme dimasukkan dalam tugasan 2.)

Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia

Ø      menghormati raja dan pemimpin negara

Ø      menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara

Ø      menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara)

Ø      menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara

Ø      menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

Ø      berbangga dengan sejarah negara

Bersemangat Setia Negara

Ø      cinta akan bangsa dan negara

Ø      taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara

Ø      sedia berkorban untuk bangsa dan negara

Ø      bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara

Ø      berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara

Ø      peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara

Ø      bersyukur sebagai warganegara Malaysia

Bersemangat Kekitaan

Ø      bersatu padu dan berharmoni-bertolak ansur dan bertoleransi

Ø      bekerjasama dan tolong-menolong

Ø      hormat-menghormati

Ø      bersefahaman dan bermuafakat

Ø      muhibah atau semangat bermasyarakat

Berdisiplin

Ø      berakhlak dan berbudi pekerti mulia

Ø      mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara

Ø      mematuhi peraturan dan undang-undang

Ø      berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi

Ø      bertindak wajar

Ø      bersifat amanah dan jujur

Ø      berlaku adil dan bertimbang rasa

Berusaha dan Produktif

Ø      rajin dan gigih

Ø      berdikari

Ø      tabah menghadapi cabaran

Ø      menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan

Ø      berganding bahu membangunkan Negara

Ø      berilmu dan berketrampilan

No comments:

Post a Comment