Pages

Monday, 22 April 2013

Kerja Kursus PMR Geografi 2013

Dokumen lengkap kerja kursus ini boleh didapati dari laman web Kementerian atau muat turun dari sini

Ada 24 muka surat yang memaparkan arahan kepada calon dan tugasan 1 dan 2, serta panduan penskoran yang telah ditetapkan.


1. Kerja Kursus ini mengandungi dua tugasan: Tugasan 1 dan Tugasan 2.
2. Setiap tugasan disertakan dengan Panduan Penskoran.
3. Pilih sama ada Tugasan 1 atau Tugasan 2.
4. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut berdasarkan kriteria penskoran
yang ditetapkan.


ARAHAN KEPADA CALON
Calon hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus
Geografi 23/2 dalam pelaksanaan kerja kursus ini.

1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Geografi.
2. Calon PMR dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Geografi dari
bulan Februari hingga bulan Julai berpandukan senarai semak.
3. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tugasan. Kajian
hendaklah dijalankan di tempat tinggal atau kawasan sekolah calon yang tidak melebihi
5 kilometer persegi.
4. Calon mesti melaksanakan kesemua aspek kerja kursus untuk mencapai tahap
Kod 1: Cemerlang, Kod 2: Kepujian atau Kod 3: Memuaskan. Calon yang tidak
menulis laporan dapatan kajian akan mencapai Kod 4: Mencapai sebahagian tahap
penguasaan minimum.
5. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk
mencari dan mengumpul fakta Geografi.
6. Calon boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah
secara individu.
7. Fakta Geografi yang dikumpul hendaklah didokumentasikan dalam bentuk laporan
dapatan kajian. Laporan dapatan kajian hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak
kurang daripada 400 patah perkataan mengikut format yang ditetapkan.
8. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer pada
kertas saiz A4 sahaja. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times
New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. Penggunaan komputer dalam kajian tidak
mempengaruhi pemarkahan.
9. Huraian calon dalam laporan kajian mestilah tepat, lengkap dan berkaitan
kawasan kajian.
10. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak.
11. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.
12. Rujukan hendaklah ditulis dengan format penulisan yang betul.
13. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja
kursus dilaksanakan.
14. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap aspek.
Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai 2013.


TUGASAN 1: PENGANGKUTAN AWAM
Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang pengangkutan awam di kawasan tempat
tinggal anda atau kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep pengangkutan awam
• Jenis-jenis pengangkutan awam
• Kepentingan perkembangan pengangkutan awam
• Masalah perkembangan pengangkutan awam
• Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian


ATAU


TUGASAN 2: KEGIATAN PENTERNAKAN
Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang kegiatan penternakan di kawasan tempat
tinggal anda atau kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep dan jenis kegiatan penternakan
• Kepentingan kegiatan penternakan
• Faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan
• Kesan negatif kegiatan penternakan
• Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

No comments:

Post a Comment