Peperiksaan bulan Mei akan menjelang. Jika adik-adik merasa gusar, mungkin persediaan adik-adik masih belum mantap. Cuba lakukan sebaik-baiknya dengan masa yang ada dari sekarang hingga minggu depan. Jangan lupa berdoa selepas adik-adik berusaha.
SELAMAT MAJU JAYA diucapkan kepada semua yang akan mengambil peperiksaan terutama murid-murid Tuisyen Geliga.
Untuk yang belum menyertai Tuisyen Geliga, boleh menghubungi kami untuk memulakan kelas sebelum terlewat sangat.
Ingat.. tiada apa yang mustahil di dunia ini. Sasaran adik-adik mestilah untuk mendapatkan yang terbaik. Umpama membuat sasaran adik-adik untuk mencapai sesuatu, sasaran haruslah tinggi, sekurang-kurangnya jika terjatuh adik-adik tetap berada di kalangan bintang-bintang.
Tuisyen Geliga akan mengadakan pakej I CAN ulangkaji ketika cuti sekolah Mei-Jun 2013 ini KHUSUS untuk mereka yang mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM..
Nantikan butiran lanjutnya.
No comments:
Post a Comment