Rome |
Image credit:http://paradiseintheworld.com
LATAR BELAKANG KEMUNCULAN TAMADUN ROM:
-Legenda Rom yang terkenal berkenaan bagaimana bermulanya petempatan ini: diasaskan oleh saudara kembar Romulus dan Remus yang dipelihara serigala. Akibat pergaduhan antara mereka, Romulus membunuh Remus. Rom dinamakan mengikut nama Romulus.
Berkembang di kawasan Bukit Palatine berhampiran Sungai Tiber, di lembah Latium
Empayar Rom |
-Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin. Semasa pemerintahan Romulus ( 753 S.M) lembah ini didiami oleh masyarakat Latin dan berkembang maju.
Roman soldiers |
-Pemerintah Rom mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar
-Majlis perbandaran telah mewujudkan kemajuan dan keselesaan hidup penduduk di Bandar.
-Pelbagai kemudahan disediakan di Bandar seperti bekalan air / rumah ibadat / teater/ rumah mandi
awam / istana. Sebuah bandar contoh yang dilengkapi pelbagai kemudahan begini ialah bandar Pompei.
Keistimewaan Bandar Pompei:
-merupakan Bandar contoh dengan pelbagai kemudahan
-mempunyai 50,000 penduduk pada tahun 80M.
-terdapat mahkamah,pejabat,dewan,perpustakaan,rumah ibadah,kedai,pintu gerbang,dan colloseum.
-terdapat sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 km yang melibatkan 14 buah terusan. Bekalan air ini dapat digunakan ketika aman dan peperangan, selain digunakan untuk perindustrian dan pengangkutan.
Nota: Bandar ini bagaimana pun telah musnah kerana ledakan gunung berapi Vesuvius pada tahun 79M.
POLITIK
PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Sistem pemerintahan beraja di Rom:-bermula dengan system beraja
-diperintah oleh raja berketurunan Eruscan yang bukan berketurunan Latin
-golongan bangsawan dikenali sebagai Patrician telah memberontak terhadap pemerintahan beraja mutlak
PERUNDANGAN
Prinsip undang-undang Rom:
-semua manusia sama di sisi undang-undang
-seseorang tidak akan bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya
-keadilan terhadap setiap individu
-hukuman adalah berasaskan bukti yang mencukupi
SOSIAL
struktur sosial di colosseum |
image credit: http://www.crystalinks.com/romesenate.html
PENDIDIKAN
Ciri-ciri pendidikan dalam tamadun Rom:-menekankan semangat setia kepada Rom
-Peringkat awal banyak mengambil unsure dari Yunani
-Pusat pendidikan telah melahirkan jurutera yang dapat membina system pengairan,bangunan dan jalan raya
FALSAFAH
Ciri-ciri falsafah dalam tamadun Rom:-Banyak mengambil dari tamadun Yunani. Salah seorang ahli falsafah Rom yang terkenal ialah Zeno, memperkenalkan falsafah stoisime.
-Falsafah tersebut menekankan kehidupan sederhana, keadilan,perikemanusiaan ,tanggungjawab dan keberanian. Ia juga mempercayai dunia dikawal oleh seorang dewa. Selain itu, mereka mempercayai nasib baik atau buruk seseorang bergantung kepada hubungan harmonisnya dengan alam.
SAINS DAN TEKNOLOGI
Ciri-ciri sains dan teknologi: Juga dipengaruhi oleh Tamadun Yunani.-contohnya, Beothius merupakan tokoh matematik Rom mengaitkan matematik dengan muzik,astronomi dan geometri.
-pembinaan aqueduct memperlihatkan kemahiran masyarakat Rom dalam sains dan matematik.
Pont Du Gard ( sebuah aqueduct di Rome) |
Pembinaan colloseum pula menunjukkan kemahiran masyarakat Rom dalam bidang seni bina.
Seni bina Rom juga terserlah dengan Pantheon - binaan berbentuk kubah dibina ketika Maharaja Hadrian (117-138M) memerintah. Fungsi pantheon ialah tempat memuja dan menyimpan dewa orang Rom dan kerja-kerja berkaitan awam.
Seni bina Rom dipengaruhi oleh seni bina Etruscan, Yunani dan Rom sendiri.Gabungan ini dikenali dengan greco-roman.
Tamadun Rom (Sejarah Form 4) from Azfar Zulkifli
boek ah
ReplyDeletehaha
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete