Peningkatan tamadun bermakna: pencapaian manusia dalam membentuk tamadun yang lebih maju daripada tamadun sebelumnya.
Kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam sekitar.
Seterusnya ia akan membawa kepada kehidupan yang lebih maju dan kompleks berbanding sebelumnya.
Peningkatan ini berkaitan dengan kemahiran menghasilkan idea baru dari aspek sosial, politik dan ekonomi.
Tamadun Yunani
1. Letakan – di Semenanjung Greece dan pulau sekitarnya yang dikelilingi laut Mediterranean dan Aegen.
2. Bermula dengan negara kota (polis) – Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ialah Athens, Sparta, Corinth, Olympia dan Thebes. Negara kota pula, hasil gabungan beberapa bandar dan kampung. Tiap negara kota adalah unit bebas dari negara kota yang lain, mempunyai undang-undang tersendiri, begitu juga dengan tentera masing-masing.
3. Setiap negara kota mempunyai sebuah kota yang dikelilingi kawasan pertanian.
acropolis |
4. Dalam kota pula terdapat pasar, kubu kuil dan istana.
5. Contoh negara kota terkenal ialah Athens dan Sparta yang terletak berhampiran Laut Mediterranean.
6. Setiap negara kota mempunyai pemerintahan dan undang – undang tersendiri serta mempunyai beberapa tuhan.
7. Masyarakat dalam negara kota sentiasa bersatu padu tetapi perang kerap berlaku antara negara kota yang lain contohnya Athens berperang dengan Sparta dan Corinth.
Sparta image credit here
Acropolis image from wikipedia
No comments:
Post a Comment