Pages

Friday, 24 October 2014

Tips saat akhir menghadapi peperiksaan



Tips saat akhir menghadapi peperiksaan  

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum peperiksaan SPM bermula. Untuk mereka yang sudah membuat persiapan sejak menduduki tingkatan 4 atau sekurang-kurangnya sejak awal tahun lagi, tiada kegusaran besar untuk kebanyakan murid. Untuk yang sudah lama berehat, anda akan bangun di pagi hari awal November nanti dan semuanya terasa sangat REAL. Akhirnya anda akan menduduki peperiksaan besar itu juga!! 



Kemudian realisasi muncul dalam benak anda bahawa anda telah tidak mengulangkaji dengan mencukupi. Panik! Panik!! Untuk kebanyakan murid-murid, ini adalah satu impian ngeri yang berulangan. Tanpa disedari, kebimbangan tentang peperiksaan besar seperti SPM bermain dalam mimpi mengganggu tidur.

Kadang-kadang  kita mendapati diri kita pada menghadapi peperiksaan besar tanpa persiapan yang cukup. Sayangnya semua sudah terlambat untuk kembali kepada masa anda mula-mula menjejakkan kaki ke kelas tingkatan 4 anda dua tahun lalu. Namun, kiranya anda terperangkap dalam keadaan ini,  jangan menyerah sebelum kalah. Masih ada seminggu dua lagi untuk membuat persiapan terakhir dan hentikan sikap menunda-nunda anda itu. Mungkin ada yang berkata mustahil. Tetapi tiada yang mustahil dalam dunia ini. Untuk mendapat 9A mungkin impian yang agak terlalu tinggi. Namun berkat usaha saat akhir anda, keputusan akhir nanti mungkin tidak seteruk yang anda dapat ketika membuat peperiksaan percubaan jika anda bersungguh untuk mengubahnya.

Sudah tiba masanya untuk mengatasi ujian setinggi gunung! Sembilan subjek dalam 10 hari?? 




Kenapa tidak, anda sudah melepak selama hampir dua tahun! Kata orang tua-tua, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Oleh kerana anda tidak ambil tahu nasihat ibu bapa anda untuk mengulangkaji setiap hari sebelum ini, cuba sebaik mungkin kerana hampir mustahil untuk mengulangkaji keseuluruhan topik dalam subjek fizik, kimia, sains, sejarah, matematik dan sebagainya dengan sempurna dalam 10 hari ini.


1. Anda tidak tahu apa yang anda tidak tahu

Dalam waktu yang sangat singkat, tidak ada yang lebih penting daripada perancangan dan persiapan. Mulakan dengan outline saja dan mengkaji setiap komponen menggunakan marker yang berbeza warna untuk menggambarkan kandungan yang anda tahu dengan baik, tahu sedikit atau tidak tahu.

Sekarang anda berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menyediakan pelan semakan kajian untuk hari yang memperuntukkan masa untuk setiap bahagian mengikut keperluan-keperluan ini.

Menangani jurang keutamaan pertama dan membolehkan istirehat secara teratur supaya anda tidak terlalu terbeban.

2. Meminta bantuan

Hal ini membantu anda mendapatkan lebih dari satu perspektif di mana anda perlu menumpukan masa anda apabila anda mempunyai masa yang sangat terhad. Dekati kumpulan belajar atau pelajar-pelajar lain, anda perlu bertanya jika anda boleh meluangkan masa mengkaji kandungan bersama-sama. Matlamat anda adalah untuk datang ke suatu persetujuan pada subjek teras dan apa yang paling penting untuk belajar sebelum peperiksaan. Masuk ke dalam grup yang sedia ada mungkin menimbulkan sedikit masalah jika sebelum ini anda tidak ambil berat berkenaan pelajaran anda. Jadi pandai-pandai lah mencari kumpulan studi yang boleh membantu anda memudahkan ulangkaji. Jika tidak selesa, buat tekad belajar sendiri atau masuk kelas tuition persendirian.

3. Pastikan anda jelas tentang matlamat anda


Format peperiksaan yang berbeza memerlukan persiapan yang berbeza. Jika ia adalah sebuah peperiksaan OPEN BOOK seperti sejarah kertas 3 spm, anda boleh mendapat manfaat yang paling tinggi dengan mempersiapkan indeks terperinci untuk memudahkan untuk anda  mencari bahan dalam buku dan nota anda dengan lebih cekap. Untuk format MCQ, buat ringkasan fakta-fakta penting yang anda boleh hafal untuk membantu menyingkirkan pilihan yang tidak tepat atau mengelirukan. Ada banyak buku rujukan yang menyediakan flash card untuk dipotong dan dibawa dalam poket. Jika menulis esei adalah komponen utama, berlatih menulis rencana esei mengenai pelbagai topik. Jika tidak sempat, cari buku-buku ‘past year’ untuk mendapat sample jawapan esei-esei tersebut. Apa-apa pun cuba beberapa latihan-latihan dengan menulisnya kerana itu lebih baik dari sekadar membaca sekali kesemua soalan lalu.

4. Gunakan masa anda dengan baik

Membaca buku teks atau rujukan dan menyalin nota kata secara keseluruhan dengan sekali lalu, bukanlah kaedah terbaik untuk menyerap maklumat. Kaedah mengulangkaji dalam pembelajaran berbeza bagi setiap individu tetapi satu perkara penting yang berlaku kepada hampir semua orang, adalah pentingnya untuk menjadi pelajar yang aktif. Jika anda mempunyai maklumat penting untuk dihafal cuba wujudkanmnemonik”. Contohnya di sini. Atau membuat kad flash untuk menguji ingatan semula maklumat tertentu. Anda juga boleh memaksimumkan pemahaman anda tentang topik dengan membaca setiap halaman individu, kemudian gunakan memori untuk mencatat perkara-perkara penting yang diambil dari situ. Pengulangan, mewujudkan ringkasan, belajar dengan orang lain - ada banyak pilihan, hanya anda perlu aktif dengan pelbagai gabungan usaha itu.

5. Ulangkaji

Adalah penting untuk ingat bahawa sehingga kita menguji ingatan kita, kita hanya dapat meneka bagaimana maklumat itu telah diserap dalam otak kita. Amat bagus jika anda dapatkan kertas-kertas peperiksaan tahun-tahun lepas dan buku-buku analisis peperiksaan berkaitan topik yang akan membantu memfokuskan tenaga anda dan memastikan anda bersedia untuk format peperiksaan tersebut.

Atau ada soal latih tubi dalam buku-buku rujukan. Gunakan bahan-bahan semakan ke atas sesi pembelajaran dan ulangkaji akhir anda untuk terus memperbaiki dan memfokuskan kembali tenaga anda pada topik yang anda belum kuasai.

6. Kuasa yang positif

Melainkan anda kekal positif pada saat ini anda mempunyai risiko membuang lebih banyak masa bimbang pada kegagalan. Ketakutan dan penyesalan hanya akan membuang masa lagi dan setiap langkah yang anda ambil dalam masa yang membawa kepada peperiksaan ini adalah satu peluang untuk mengubah result anda nanti.

Jadi bertenanglah, makan dengan baik, minum banyak air dan cuba dapatkan tidur yang cukup untuk kekal segar ketika mengulangkaji.

Pastikan anda juga perhatikan jadual, lokasi dan merancang perjalanan anda untuk peperiksaan supaya anda tidak tergesa-gesa pada hari itu.

Sekarang anda mempunyai bahan-bahan ulangkaji, menyediakan persekitaran yang sesuai tanpa gangguan dan minda yang tenang untuk menempuh dan melalui hari-hari peperiksaan anda untuk memberikan yang terbaik. Paling penting jangan lupa memohon kepada Allah untuk membantu anda setelah anda berusaha meskipun sekadar di saat akhir. Semoga berjaya!!

credit image:  
 Image 1 courtesy of potowizard at FreeDigitalPhotos.net
Image 2 courtesy of  Sura Nualpradid at FreeDigitalPhotos.net







No comments:

Post a Comment