Pages

Saturday, 18 October 2014

Menghargai Pejuang Negara (Sejarah)

Ramai murid-murid menghadapi masalah fokus ketika menelaah subjek sejarah. Sebenarnya subjek ini amat menarik untuk dipelajari. Banyak kisah-kisah silam yang menaikkan semangat menyayangi negara kita dapat kita baca. Murid-murid juga akan dapat menghargai usaha pejuang kebangsaan dalam ikhtiar mereka untuk memerdekakan negara kita.

Kefahaman sejarah dapat memupuk perasaan patriotik murid-murid terhadap negara yang pernah dijajah oleh pelbagai kuasa besar seperti British, Jepun, Belanda dan Portugis.

Rakyat ditindas dan hak mereka telah dirampas oleh penjajah dan sumber kekayaan negara diambil untuk kepentingan negara-negara penjajah ini.

Mari tonton kisah perjuangan seorang remaja bernama Rosli Dobhy dan sahabat-sahabatnya. Kejadian ini berlaku ketika zaman sebelum kemerdekaan.

Peringatan: Episod-episod di bawah adalah adaptasi dari sejarah perjuangan Rosli Dobhy dan sesetengah adegan diujudkan oleh produksi tersebut sebagai dramatization. Untuk menjawab soalan peperiksaan, rujuk teks yang digunakan di sekolah kamu. 


"Pengorbanan yang kecil, perubahan yang besar.."



Ke manakah Rosli Dobhy akan pergi dan mengapa?



Apakah terjadi kepada Gobernor Duncan? Apa pula terjadi kepada Rosli dan sahabatnya? 



Dengan taktik melaga-lagakan saksi, pihak British dapat informasi berkenaan penglibatan Rukun 13.Dengan tipudaya, British akan membicarakan Rosli sebagai seorang dewasa, bukan juvana.





Setelah penyiasatan dilakukan dan mahkamah bersidang, apakah hukuman yang akan dijatuhkan ke atas mereka?



Finale:

No comments:

Post a Comment