Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Malaysia
Pengenalan:
-Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
- Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
-Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
- Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
- Sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raga. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.
Sejarah bab 7 form 5 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA. from Tuisyen Geliga
Credit: Text pengenalan copy pasted dari: sini
Credit: Text pengenalan copy pasted dari: sini
No comments:
Post a Comment