Pages

Monday, 14 April 2014

Bab 6 Tingkatan 5 Sejarah - Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia

SNAP SHOT:

1. Dato Onn Jaafar membuat cadangan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia.
2. Lee Kuan Yew mencadangkan gabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1959 tidak dipersetujui Tunku Abdul Rahman kerana keadaan penduduk yang tidak seimbang.
3. Pada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan pembentukan Malaysia di Hotel Adelphi, Singapura.
4. Faktor-faktor pembentukan Malaysia termasuklah aspek politik, ekonomi, sosial dan keselamatan.
5. British melaksanakan dekolonisasi terhadap negara-negara kecil yang membangun kerana Piagam Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu dan menghalang penyebaran pengaruh komunis.
6. Dengan penggabungan dengan Sabah, Sarawak dan Brunei matlamat membentuk Malaysia yang bertujuan mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan penduduk.
7. Dalam bab ini pelbagai reaksi terhadap pembentukan Malaysia dibincangkan. Negara2 yang berjiran dengan Malaysia seperti Singapura, Indonesia dan Filipina mempunyai pelbagai bangkangan dan tentangan pada permulaan usaha ini berjalan. Contohnya, Konsep "Ganyang Malaysia 1963" - Indonesia
Dakwaan Sabah milik kesultanan Sulu - Filipina.
Pemberontakan menentang neokolonisme di Brunei.
8. Selain dari bangkangan dari luar, terdapat juga tentangan dari pihak negeri-negeri yang mahu bergabung, misalnya di Sarawak parti SUPP dengan lantangnya menentang pembentukan Malaysia yang dilihat seperti satu penjajahan baru,

9. Langkah-langkah pembentukan Malaysia termasuk menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) 1961, Jawatankuasa Antara Kerajaan (1962), Suruhanjaya Cobbold, Penubuhan Maphilindo.





No comments:

Post a Comment