1. Ketahuilah, membaca 10 muka surat dalam buku teks kimia
adalah tidak sama dengan membaca 10 muka surat daripada sejarah atau buku teks
sivik . Teks saintifik adalah sangat padat mengandungi formula, graf, ilustrasi,
dan konsep yang sukar. Malahan, mungkin lebih sukar berbanding belajar subjek
matematik untuk kebanyakan murid-murid. Oleh itu, anda akan perlu
memperuntukkan lebih banyak masa untuk membaca dan memahami subjek ini. Sebagai
contoh, ia mungkin mengambil masa anda 50 minit untuk menguasai hanya 5 halaman
buku teks kimia anda.
2. Untuk meningkatkan penumpuan anda dan mengingat, bahagikan
tugasan anda ke dalam pecahan/tugas-tugas yang lebih kecil. Lazimnya, kebanyakan
murid-murid lebih mudah menumpukan perhatian dengan baik membaca dan
‘menghadam” kandungan 5 muka surat dalam satu masa berbanding jika membaca 20
muka surat. Betul tak?.
3. Biasakan membaca dengan ‘aktif’ dan bukan secara pasif
dan sambil itu berfikir. Cuba elakkan tingkah laku pasif : seperti sekadar
menandakan dengan highlighter buku teks anda. Untuk meningkatkan tumpuan dan
pemahaman tugasan anda dalam kimia , juga anda perlu merumuskan atau membuat
ringkasan/nota kaki di nota anda atau buku rujukan ( tidak wajar menconteng
buku teks sekolah, tetapi untuk membaca dengan aktif anda boleh menulis nota
kaki atau ringkasan pada bahan bacaan rujukan lain).
4. Apabila anda membaca dan membuat nota kaki pada buku anda
, SENTIASA buat ringkasan/merumuskan dan menerangkan ilustrasi atau formula
kerana Ini adalah
sama pentingnya dengan perkataan di dalam teks.
5. Sambil anda membaca dan belajar, kenal pasti apa yang
anda tahu/faham dan apa yang anda tidak tahu. Buat senarai soalan anda supaya
anda boleh mencari jawapannya. Jangan sekali-kali menunggu sehingga ‘last minute’
atau malam sebelum peperiksaan untuk mendapatkan jawapan yang anda tidak boleh
selesaikan atau baru cuba untuk memahami sesuatu konsep.Tanya kepada guru Kimia
anda pada kelas yang akan datang. Jangan simpan terlalu banyak soalan untuk
bertanya kerana guru Kimia anda juga mempunyai banyak tugasan yang telah
terjadual. Jangan bertangguh-tangguh.
6. Ambil masa untuk mengkaji semula nota-nota yang diberikan
guru. Fahami setiap maklumat di dalam buku nota anda.
7. Sejurus selepas kelas ambil masa untuk edit dan semak
nota yang anda salin. Sekiranya anda mendapati konsep atau idea yang tidak
masuk akal untuk anda atau seolah-olah tidak lengkap, bandingkan nota anda
dengan kandungan buku teks atau buku rujukan anda.
8. Sebagai persediaan untuk peperiksaan, ambil masa untuk
menyelesaikan sebanyak mungkin bilangan masalah. Semakin anda menyelesaikan
masalah , lebih besar kemungkinan anda akan lakukan tahap yang lebih tinggi
dalam peperiksaan. Ini bermakna lebih banyak daripada anda perlu menyelesaikan
dua masalah bagi setiap persamaan atau formula. Cuba latih tubi yang guru dan
tutor anda berikan atau buat latihan pelbagai buku aktiviti SPM yang ada
terjual dalam pasaran. Buku teks anda mempunyai
banyak latihan/masalah dan soalan sampel - jika bajet kurang, cari buku
rujukan di perpustakaan.
9. Ketika anda menyelesaikan masalah pastikan anda mampu
untuk menjawab persoalan-persoalan ini: APA JENIS MASALAH INI ? MENGAPA ? salah
satu cara
untuk menguji diri anda untuk melihat jika anda boleh
menyelesaikan pelbagai masalah
dan tahu apa jenis masalah adalah untuk melengkapkan jawapan
anda. Cuba kesemua format soalan dalam Kertas 1, 2 dan 3 untuk membiasakan diri
anda dengan peperiksaan.
10. Jika dapat cari rakan yang sekepala yang mahu berusaha
memperbaiki tahap gred Kimia. Jika dapat, berbincang tentang subjek ini secara
‘regular’. Pastikan rakan anda adalah seorang pelajar yang serius. Banyak murid-murid
yang berjaya memberitahu mereka belajar
dengan lebih berkesan apabila mereka mampu menerangkan kepada orang lain konsep
yang telah mereka pelajari.
11. Amalkan menyelesaikan masalah dan menerangkannya dengan
kuat. Bayangkan
bahawa anda mengajar seseorang konsep kimia. Amalan begini
meletakkan konsep dalam ingatan jangka panjang (long term memory) anda. Cari teknik mnemonik yang sesuai untuk menghafal sesuatu bahagian dalam bab-bab Kimia tertentu. Contohnya, anda tidak dapat tidak mesti menghafal nama unsur-unsur Kimia. jadi, carilah teknik mnemonik untu memudahkan mengingati fakta-fakta itu.Senarai mnemoniks Kimia lihat sini
12. Selepas setiap peperiksaan, ambil masa untuk mengkaji
semula jawapan anda. Ini ialah salah satu proses pembelajaran yang paling
berkesan namun kerap tidak dilakukan oleh murid-murid. "Wisest is she who
knows what she does not know." Dengan mengenali perkara yang tidak anda
fahami, anda bertindak segera untuk mempelajari dan memahaminya. Jika anda
tidak mengetahui dan belajar dari kesilapan lalu, bagaimana anda hendak
menjawab soalan yang sama dengan betul jika soalan tersebut muncul dalam
peperiksaan akhir atau SPM anda? Baca setiap soalan dan melihat semua usaha
anda ini dan selepas itu tanya diri
sendiri
(A) Adakah saya terlepas sebarang soalan kerana saya salah
membaca/ salah faham perkara tersebut atau pilihan?
(B) Adakah saya terlepas sebarang soalan kerana saya tidak
membaca sepenuhnya dan pertimbangkan semua pilihan ?
(C) Adakah saya terlepas sebarang soalan kerana saya tidak
tahu atau tidak jelas dengan konsep? Adakah saya perlu untuk belajar nota
dengan lebih? Atau buku teks ?Lain-lain ?
Buat persediaan awal untuk mendapat keputusan cemerlang
dalam subjek ini. Kejayaan tidak mampu datang secara bergolek. Belajar dengan
bersistem dan berjadual pada masa yang sama setiap hari. Pastikan tempat anda
belajar di rumah kemas dan tersusun rapi untuk memberikan suasana yang lebih
kondusif.
Jika sukar untuk belajar sendirian di rumah, hubungi kami
untuk belajar di kelas tuisyen Kimia kami.
Ikhtiar dan doa harus datang seiring sebelum menyerahkan kepada takdir.
Thanks for the helped :)
ReplyDeletenice post.
Thanks for the tips In shaa Allah. I will follow your tips
ReplyDeleteAssalamualaikum. boleh share tak ? :)
ReplyDeleteWaalaikumsalam, silakan.
DeleteTips yg sangat berguna. Terima kasih.
ReplyDeletetusyen kimia kat mna ?
ReplyDeleteFound this really helping a lot. Thank you (:
ReplyDelete