Pages

Tuesday, 10 December 2013

Sejarah Bab 1 Tingkatan 4 - Kemunculan Tamadun Awal Manusia

 

Hasil karya seni tamadun Mesopotamia "Standing Male Worshiper", disimpan di Metropolitan Museum of Art, NY

 

 

Pengenalan:

Zaman Prasejarah


Zaman Prasejarah bermaksud zaman manusia belum mengenali tulisan. Ahli arkeologi membuat kajian kehidupan Zaman Prasejarah dan budaya masyarakatnya.

Empat tahap utama dalam Zaman Prasejarah:

Zaman Paleolitik --> Zaman Mesolitik ---> Zaman Neolitik ---> Zaman Logam


Ciri-ciri Zaman Paleolitik dan Mesolitik


1. Manusia tinggal dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan.
2. Mereka hidup nomad atau berpindah-randah.
3. Mereka tinggal di tepi sungai, tasik atau dalam gua.
4. Aktiviti harian: memungut hasil hutan, berburu dan menangkap ikan.
5. Alatan dibuat daripada batu dan bersifat kasar.
6. Penemuan di Lenggong, Kota Tampan (Perak), Tingkayu(Sabah) dan Gua Niah(Sarawak) membuktikan keujudan Zaman Paleolitik di Malaysia.

Ciri-ciri Zaman Neolitik


1. Manusia tinggal dalam kelompok yang lebih besar.
2. Mereka bertani, menternak binatang dan membuat tembikar.
3. Pekerjaan khusus diamalkan dan akitiviti meningkatkan penghasilan makanan.
4. Alatan batu mereka lebih licin dan mempunyai banyak fungsi.
5. Sistem pertukaran barang mula digunakan apabila terdapat lebihan makanan. Sistem ini juga dipanggil sistem barter.

Ciri-ciri Zaman Logam:


1. Bermulanya zaman ini dikesan setelah wujudnya penggunaan logam dalam aktiviti harian.
2. Boleh dibahagikan kepada dua zaman: Zaman Gangsa dan Zaman Besi.
3. Logam besi digunakan membuat perahu dan rumah.
4. Perahu digunakan untuk menjalankan aktiviti perdagangan maritim.
5. Kawasan pertempatan yang besar turut dilengkapi dengan kota pertahanan.
6. Manusia Zaman Logam mengebumikan mayat dengan iringan bekalan kubur seperti tembikar, makanan, alatan besi dan lain-lain.



Tamadun

Makna tamadun: perkataan ini berasal daripada bahasa Arab : mudun, madain, madana ( tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar).

Dalam bahasa Inggeris Tamadun = Civilization. Civilization berasal daripada bahasa Greek, civitas yang bermaksud bandar.

Pandangan sejarawan barat dan Islam ada berbeza tentang tamadun.

Contohnya:

Syed Naquib Al-Attas "Menekankan pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan masyarakat yang luhur"

Gordon Chile " Pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat".

Ciri-ciri Tamadun:

Ciri-ciri utama tamadun:

-petempatan kekal
- kehidupan berorganisasi
- terdapat sistem pemerintahan.
-pengkhususan pekerjaaan
-agama dan kepercayaan
- Sistem bahasa dan tulisan

Proses pembentukan tamadun:


-Manusia menyesuaikan diri dengan alama sekitarnya.
- proses tersebut bermula di sekitar lembah sungai yang dijadikan petempatan.
- Lembah sungai dipilih kerana kesesuaian - kesuburan tanah untuk pertanian, bekalan air dan makanan serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan.


Tamadun Awal.

Tamadun awal yang terbentuk di kawasan lembah sungai:
1. Mesopotamia - Lembah  Sungai Tigris- Euphrates ( 3500 SM) More




2. Mesir Purba - Lembah Sungai Nil ( 3100SM)




3. Indus - Lembah Sungai Indus (2500 SM)



4. Hwang Ho - Lembah Sungai Hwang Ho  (1800 SM)




SLIDE


No comments:

Post a Comment