Pages

Monday, 4 November 2013

Sejarah SPM 2013 Kertas 3

 KUALA LUMPUR 8 Okt. - Semua calon termasuk calon persendirian yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh memuat turun tema umum bagi kertas peperiksaan Sejarah 3 (1249/3).
Dalam kenyataan di sini Selasa, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan memaklumkan pelajar boleh berbuat demikian melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di www.moe.gov.my/lp.
Ia bagi membolehkan calon membuat persediaan sebelum peperiksaan bertulis SPM 2013 dilaksanakan pada November, menurut kenyataan itu. - BERNAMA



ARAHAN KEPADA GURU
 
1. Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada calon 6 minggu sebelum tarikh peperiksaan.
2. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang tema umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawabsoalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.
3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan.
4. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan.
5. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan.

ARAHAN KEPADA CALON
 
1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti tema umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.
2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.
3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tema umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi  tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3.
4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah,nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain.


Link untuk info di atas sini

Untuk download kertas sejarah paper 3 SPM 2013 klik sini 

No comments:

Post a Comment