Berkenaan penulis Novel Istana Menanti:
Abdul Latip bin Talib, 58, bekas pegawai ladang Felcra, kini penulis sepenuh masa. Sebagai penulis yang prolifik, Abdul Latip memenangi pelbagai anugerah, termasuk kategori karya berunsur Islam. Novel 'Istana Menanti' berlatarkan tempat kelahiran pengarang, iaitu Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan. Lebih lanjut berkenaan beliau di siniSINOPSIS
Novel Istana Menanti
menceritakan tiga orang sahabat yang amat berminat dalam mengkaji
sejarah. Mereka bersepakat untuk menjejak sebuah istana lama di puncak
Gunung Datuk. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah yang
menjadi pakar rujuk peristiwa bersejarah tentang kaitan Istana Menanti
dengan sejarah kerajaan Melayu Melaka dan juga sejarah pejuang tanah air
menentang penjajahan
Menurut Tuk Ngah, kewujudan Istana Menanti berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau ke Tanah Melayu. Raja Melewar
menjadi pemerintah yang pertama bersemayam di istana tersebut. Tuk Ngah
juga bercerita tentang asal usul nama Rembau dan Sungai Ujung
menjadikan remaja bertiga itu semakin teruja hendak menyiasat istana
lama tersebut.
Pada
hari yang sesuai, Tuk Ngah yang menemani tiga sahabat itu menunjukkan
kegigihan mereka mengatasi halangan menawan puncak Gunung Datuk dan
melihat sendiri keistimewaan Istana Menanti. Semasa dalam perjalanan
menuju ke puncak, Tuk Ngah bercerita tentang sejarah pembukaan negeri
Melaka oleh Paremeswara. Perjalanan mendaki mengambil masa dua
jam, sambil mereka berehat di sebuah jeram yang cantik (Jeram Lubuk
Petai) yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan Sultan Mahmud
Shah. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada remaja-remaja itu supaya menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga keselamatan bersama-sama.
Apabila
sampai ke puncak gunung dan melihat reka bentuk istana yang dikatakan
berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita tentang bentuk bumbungnya yang
kelihatan seperti tanduk kerbau. Menurut Tuk Ngah, bentuk itu sempena
memperingati kemenangan seorang raja Minangkabau yang menang dalam
perlawanan beradu kerbau. Tuk Ngah tidak masuk bersama-sama dengan
remaja-remaja tersebut ke dalam istana kerana ingin berehat di luar
istana.
Mereka
bertiga masuk dan melihat sendiri keunikan seni bina istana lama
tersebut. Ketika memasuki sebuah bilik yang dipercayai bilik tidur
diraja, tiba-tiba mereka terkunci dari dalam. Mereka mencari-cari jalan
keluar namun tidak berjumpa. Fadhil cuba mengetuk-ngetuk lantai lalu
terjumpa pintu terowong bawah tanah yang gelap dan berbau hapak. Mereka
cuba masuk tetapi gagal kerana terlalu gelap dan tidak tahu berapa
jauhnya terowong itu. Mereka juga khuatir kerana terdapat terlalu banyak
kelawar dan tikusdi dalam terowong tersebut.
Mereka kemudian terserempak dengan seorang pemuda bernama Khairil, seorang penuntut dari Universiti Putra yang keletihan turut terperangkap dalam terowong tersebut. Ketika mereka melelapkan mata kerana keletihan. Ah
Seng terasa ingin membuang air besar. Dia masuk ke dalam terowong lalu
ditangkap oleh sekumpulan penjenayah.
Penjenayah tersebut sedang menggali tanah di dalam terowong itu kerana mencari harta yang mereka simpan semasa mereka berjuang menentang penjajah dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan Khairil juga berjaya ditawan ketika mereka mencari Ah Seng di dalam terowong tersebut. Mereka dipaksa menggali sebuah lubang dan akhirnya menemukan sebuah peti besi yang penuh 'harta karun' yang didakwa milik Dolah, ketua kumpulan penjenayah. Setelah harta tersebut ditemui, penjenayah-penjenayah segera keluar dari terowong tersebut meninggalkan remaja-remaja itu. Mereka ditinggalkan sehingga gerakan mencari oleh polis dan penduduk kampung menemukan mereka.
Penjenayah tersebut sedang menggali tanah di dalam terowong itu kerana mencari harta yang mereka simpan semasa mereka berjuang menentang penjajah dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan Khairil juga berjaya ditawan ketika mereka mencari Ah Seng di dalam terowong tersebut. Mereka dipaksa menggali sebuah lubang dan akhirnya menemukan sebuah peti besi yang penuh 'harta karun' yang didakwa milik Dolah, ketua kumpulan penjenayah. Setelah harta tersebut ditemui, penjenayah-penjenayah segera keluar dari terowong tersebut meninggalkan remaja-remaja itu. Mereka ditinggalkan sehingga gerakan mencari oleh polis dan penduduk kampung menemukan mereka.
Pada masa yang sama, ibu bapa remaja terbabit berasa bimbang apabila anak-¬anak mereka tidak pulang sehingga malam. Hasil perbincangan dengan ketua kampung, mereka telah berpakat membuat laporan kepada pihak polis. Pihak polis telah melancarkan gerakan mencari. Mereka beramai-ramai mendaki Gunung Datuk, namun gagal menemui remaja-remaja tersebut. Pada mulanya pasukan mencari hendak berundur sementara malam sudah larut, tetapi Tuk Ngah tiba-tiba muncul untuk menceritakan hal sebenar. Hasil perancangan akhirnya pihak polis berjaya memerangkap penjenayah-penjenayah yang sangat dikehendaki tersebut. Remaja bertiga itu juga selamat ditemui. Penjenayah tidak sempat bolos.
Seminggu kemudian, Fadhil, Ah Seng, Ramasamy dan kali ini Khairil turut
sama datang ke rumah Tuk Ngah untuk berkongsi cerita sejarah lagi. Kali
ini, Tuk Ngah bercerita tentang Dolah, ketua penjahat yang mereka temui di istana lama itu. Lelaki tua yang mendakwa pejuang
pembebasan tanah air itu sebagai sahabat lamanya yang terpengaruh oleh
ideologi komunis. Tuk Ngah juga bercerita tentang sejarah komunis di
Tanah Melayu. Malam itu, suatu majlis kesyukuran dan doa selamat
diadakan di balai raya Kampung Ulu Seperi demi meraikan kejayaan
wira-wira kampung itu. Majlis itu turut dihadiri oleh orang kenamaan
termasuklah Menteri Besar dan wartawan akhbar. Menteri Besar turut
menyampaikan hadiah kepada semua yang terlibat.
Tema dan Persoalan Novel Istana Menanti
Tema novel Istana Menanti karya Abd Latip Talib
ialah semangat sekumpulan remaja yang peka akan sejarah tanah air dan
ingin mengkaji kesahihan sejarah tersebut.Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy
mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan
mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah setempat.Mereka
bertiga juga sanggup meredah hutan berlukar untuk melihat sendiri
kewujudan dan keunikan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk.
Persoalan
a) Kesedaran
golongan muda tentang sejarah tanah air. Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy
sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah kerana warga emas itu banyak mengetahui tentang sejarah setempat dan sejarah negara.
b) Semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang masa.
Masyarakat
di Kampung Ulu Seperi,Rembauterdiri daripada masyarakat pelbagai
kaum.Mereka hidup bersatu-padu dan saling membantu.Khususnya ketika
mencari Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di Gunung Datuk.
c) Kebijaksanaan pahlawan-pahlawan Melayu
pada zaman dahulu dalam mengatur strategi perang. Pahlawan-pahlawan
Melayu terdahulu membina kediaman yang jauh dipuncak bukit atau gunung
agar terselamat daripada serangan musuh.Istana Menanti dibina di puncak
Gunung Datuk telah dijadikan tempat dijadikan tempat berkumpulanya
pendekar-pendekar Rembau dalam usaha mereka menentang penaklukan
Portugis dan Inggeris.
Watak Dan Perwatakan Novel Istana Menanti
Watak utama dalam novel ini ialah
Fadhil . Watak Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yang ketiga-tiganya berusia 15 tahun, melambangkan ikatan perpaduan kaum di Malaysia, selain mereka juga memiliki naluri ingin
tahu yang kuat. Semangat patrotisme dalam diri mereka juga begitu kuat. Selain daripada mereka bertiga, watak-watak yang terdapat dalam novel ini: Tuk
Ngah,Khairil Anuar,Dolah,Sarjan Mokhtar,Encik Leong,Pak Senik,Encik
Karim dan Encik Shanti.
Fadhil
Fadhil masih bersekolah dalam Tingkatan 3, merupakan anak kepada Encik Karim dan Mak Joyah. Dia meminati subjek sejarah
dan bercita-cita untuk bergelar ahli sejarah.
Berkenaan Fadil:
Berkenaan Fadil:
1. Seorang yang tabah - Fadhil tabah dalam menghadapi penjenayah yang
mengerahnya untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut
akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.
2. Penyayang -
Dia teringat akan ayah dan ibunya ketika dalam tahanan
3. Berani- Fadhil
berani mendaki puncak Gynung Datuk untuk melihat kecantikan dan keunikan Istana
Menanti walaupun diberitahu bahawa istana itu berpuaka dan ada penunggu.
4. Taat perintah
agama- Fadhil sering bersolat Maghrib secara berjemaah dengan keluarganya.
Selepas itu, dia akan belajar mengaji al-Quran dengan bapanya.
5. Tidak berdikari
- Fadhil tidak bersendirian mendaki
puncak Gunung Datuk tetapi pergi bersama-sama dengan Ah Seng, Ramasamy dan Tuk
Ngah.
6. Pandai
mengambil hati/ memujuk - Fadhil
memicit-micit kaki Tuk Ngah semasa bercerita tentang keistimewaan Istana
Menanti supaya Tuk Ngah terus bercerita.
7. Matang dan berfikiran jauh - Fadhil bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang
harus dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung Datuk. 8. Menghormati orang tua- Dia meminta izin daripada kedua-dua orang tuanya untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Datuk.
Ah Seng
Ah Seng ialah kawan baik Fadhil.Dia anak kepada peniaga barang-barang runcit iaitu Encik Leong dan Puan Lily.Dia mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengan Fadhil. Kadangkala sikapnya lepas laku dan terlalu mengikut perasan.Ketika sedang mendaki bukit,dia ketawa dan bersuara kuat dan berlagak seperti Tarzan apabila melihat kera dan burung bertempiaran lari.Suka makan,dia tetap berselera makan meskipun dalam kesusahan.Contohnya:ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalam
bilik,dia tetap berselera untuk makan.
Ramasamy
Ramasamy ialah kawan baik Fadhil dan Ah Seng.Dia sebaya dengan Fadhil dan Ah Seng serta mempunyai minat yang sama dengan kedua-dua sahabatnya itu.Dia merupakan anak Encik Shanti dan Puan Mary.Dia berani.Contohnya:ketika menyusuri terowong untuk mencari Ah Seng,Ramasamy dan kawan-kawannya terserempak dengan beberapa orang lelaki.Dia mahu melawan orang-orang jahat itu tetapi dihalang oleh Khairil Anuar.
Tuk Ngah
Tuk Ngah ialah warga tua di Kampung Ulu Seperi,Rembau.Usianya hampir 80 tahun.Beliau suka berkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara.Beliau banyak pengalaman.Beliau pernah melalui zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu dan melalui zaman darurat sebagai akibat pemberontakkan pengganas Komunis.Tuk Ngah masih sihat,kuat dan dan bertenaga.Buktinya,beliau masih larat mendaki Gunung Datuk untuk menemani Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy.
Karekter Tuk Ngah:
a) Penyayang - Tuk Ngah menyayangi Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng. Dia sanggup melayan kerenah mereka serta menceritakan kisah sejarah sebagaimana yang dipinta oleh mereka.
Karekter Tuk Ngah:
a) Penyayang - Tuk Ngah menyayangi Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng. Dia sanggup melayan kerenah mereka serta menceritakan kisah sejarah sebagaimana yang dipinta oleh mereka.
- Dia amat senang
hati dengan kedatangan mereka kerana semua anaknya telah bekerja dan berkahwin.
b) Bertanggungjawab - Tuk Ngah bertanggungjawab dan
mengambil berat akan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat
laporan kepada pihak polis apabila mendapati mereka hilang.
c) Baik hati -
Tuk Ngah sanggup menemani tiga sahabat tersebut untuk mendaki puncak
Gunung Datuk walaupun sudah berusia 80 tahun.
- Beliau suka
berkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah
negara.
Khairil Anuar
Dia seorang penuntut di Universiti Putra dan berusia dalam lingkungan 30 tahun.Tubuhnya
gempal.Berani. Contohnya:dia bersendirian ke Istana Menanti semata-mata untuk mengkaji sejarah lama itu.Dia tidak lemah semangat ketika berhadapan dengan ribuan tikus yang kelaparan,terserempak dengan ular sawa dan mendengar bunyi yang sungguh menyeramkan ketika mencari jalan keluar dari terowong.Khairil Anuar bercita-cita hendak menulis sebuah buku tentang sejarah Rembau.Dia prihatin,bertanggungjawab dan mengambil berat.Meskipun baru mengenali Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy,dia amat mengambil berat kan keselamatan mereka.
Dolah
Dia lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80 tahun dan kawan kepada Tuk Ngah semasa kecil.Dia pernah mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan tanah air dan pernah dilantik menjadi ketua pasukan ke-10, Parti Komunis Malaya(PKM). Dolah pernah melarikan diri ke negara China pada sekitar tahun 1960-an tetapi kembali semula ke tanah air 40 tahun kemudian selepas memperoleh pengampunan daripada Kerajaan Malaysia.
Karekter Dolah:
a) Mempunyai sikap yang tidak baik iaitu pendendam
Karekter Dolah:
a) Mempunyai sikap yang tidak baik iaitu pendendam
Dia ingin membalas
dendam terhadap kematian beratus-ratus kawannya yang terbunuh akibat diserang
oleh tali barut Inggeris
b) Penjenayah
negara yang tidak pernah insaf
Dia berfahaman komunis yang masih tidak mengiktiraf
kemerdekaan Malaysia . Dia mengetuai pembelot negara.
c) Bertimbang rasa
Sungguhpun dia bersikap pendendam dia menghulurkan
plastik yang berisi minuman kepada Ah Seng kerana dia tahu Ah Seng dalam
kehausan.
LATAR TEMPAT
Contohnya: Tuk Ngah berkongsi cerita dengan Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng tentang banyak cerita sejarah setempat dan sejarah negara di rumah ini.
b) Di Istana Menanti
Contohnya: Istana Lama ini
terletaknya di puncak Gunung Datuk. Ketika Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy
tiba, di dalam istana bersih seolah-olah ada penjaganya.
Di sini juga tempat mereka
terperangkap dalam salah sebuah bilik di dalam istana tersebut.
c)Di Jeram Lubuk Petai. Contohnya: Jeram ini terletaknya di kaki Gunung Datuk. Di tempat ini lah Fadhil, Ah Seng , Ramasamy, dan Tuk Ngah berehat setelah penat berjalan semasa mendaki Gunung Datuk. Kawasan ini dikatakan berpuaka dan didiami makhluk halus.
d) Di Terowong rahsia di bawah tanah. Contohnya: Terowong itu gelap,bercabang dua dan menyeramkan.Terowong itu menjadi tempat persembunyian ribuan tikus dan kelawar. Di sinilah tempat Fadhil,Ah Seng, Ramasamy dan Khairil Anuar di tangkap oleh penjenayah dan dipaksa menggali harta karun.
e)Di Kedai runcit Encik Leong.
f) Di Balai polis Kampung Ulu Seperi. Contohnya: Pak Senik, Encik Karim,Encik Leong dan Encik Shanti melaporkan kehilangan tiga sahabat. Sarjan Mokhtar menyuruh pihak polis dan penduduk kampung berkumpul di perkarangan balai sebelum gerakan mencari dijalankan.
Latar Masa
a)Waktu Siang.Contohnya:Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng ditemani Tuk Ngah memulakan ekspedisi mendaki Gunung Datuk.
b)Waktu malam.Contohnya:Penduduk kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari orang hilag di sekitar Gunung Datuk.
c)Seluruh cerita:Cerita ini berlangsung dalam tempoh seminggu.Pada hari Jumaat iaitu ketika tiga sahabat merancang untuk ke Gunung Datuk di rumah Tuk Ngah hingga hari Jumaat yang berikutnya iaitu ketika majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di balai raya.
Latar Masyarakat
a)Golongan muda yang peka akan sejarah
Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan muda yang minat akan sejarah setempat dan sejarah tanah air.
b)Golongan tua yang serba tahu akan sejarah
Tuk Ngah mewakili orang lama yang banyak melalui zaman seperti zaman kependudukan Jepun dan zaman darurat.Beliau juga banyak tahu tentang sejarah setempat dan sejarah negara.
c)Masyarakat yang berbilang kaum dan agama
Penduduk di Kampung Ulu Seperi,Rembau hidup makmur meskipun dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.
d)Masyarakat desa yang hidup bagai aur dengan tebing
Penduduk setempat membantu pihak polis mencari Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di puncak Gunung Datuk.
e)Masyarakat yang belot dan derhaka pada negara
Dolah mewakili segilintir masyarakat yang belot dan derhaka kepada negara.Dia sanggup bersekongkol dengan pihak komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka.
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
a)Cinta
akan negara.Contohnya:Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy rajin bertanya dan
mengkaji untuk mengetahui sejarah tempatan dan sejarah negara daripada
Tuk Ngah.
b)Bekerjasama.Contohnya:Penduduk kampung bekerjasama dengan pihak polis dalam gerakan mencari dan menyelamatkan Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang.
c)Berani.Contohnya:Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ.
d)Prihatin.Contohnya:Khairil Anuar peka dan prihatin akan keselamtan Fadhil dan rakan-rakannya meskipun dia baru sahaja mengenali tiga sahabat itu.
e)Kasih sayang.Contohnya:Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera bertindak melaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis.
b)Bekerjasama.Contohnya:Penduduk kampung bekerjasama dengan pihak polis dalam gerakan mencari dan menyelamatkan Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang.
c)Berani.Contohnya:Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ.
d)Prihatin.Contohnya:Khairil Anuar peka dan prihatin akan keselamtan Fadhil dan rakan-rakannya meskipun dia baru sahaja mengenali tiga sahabat itu.
e)Kasih sayang.Contohnya:Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera bertindak melaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis.
Pengajaran
a)Kita hendaklah mempelajari sejarah kerana melalui sejarah kita akan mengetahui asal-usul sesuatu perkara itu berlaku.Contohnya:Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy rajin bertanya kepada Tuk Ngah tentang sejarah setempat dan sejarah negara.Mereka juga meminati subjek sejarah di sekolah.
b)Kita haruslah mempertahankan maruah bangsa dan negara daripada ancaman musuh.Contohnya:semasa Perang Naning,orang Rembau turut membantu Dol Said menentang orang Inggeris.Mereka akhirnya berjaya dalam peperangan itu.
c)Kita hendaklah berani dan gigih untuk memperoleh apa-apa yang diimpikan.Contohnya:sejak kecil lagi,Khairil Anuar begitu tertarik dengan sejarah Rembau dan bercita-cita untuk menulis buku tentang sejarah Rembau.Oleh itu,dia gigih mencari maklumat dan menyelidik tempat-tempat sejarah di Rembau.
d)Kita haruslah menghargai kemerdekaan dan mengenang jasa para perjuang terdahulu.Contohnya:jasa- jasa pejuang terdahulu yang berusaha membebaskan tanah air daripada dibelenggu penjajahan,haruslah dikenang sampai bila-bila.
e)Kita haruslah berfikir panjang sebelum bertindak. Contohnya:pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Mokhtar berfikir panjang dalam mengatur strategi kerana dikhuatiri akan membahayakan keselamatan Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy.
credit untuk blog di bawah kerana artikel di atas adalah gabungan rujukan novel, copy paste dan edit dari pelbagai sumber.
credit:
http://abdullatip.blogspot.com/
http://istanamenanti-pemabuklaut.blogspot.com/2011/10/latar-novel-istana-menanti.html
http://istanamenanti-pemabuklaut.blogspot.com/2011/10/latar-novel-istana-menanti.html
http://cikguchom.blogspot.com/2013/07/novel-istana-menanti-biodata-pengarang.html
http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/08/novel-istana-menanti-komsas-tingkatan-1.html
No comments:
Post a Comment