Walaupun masa
mungkin tinggal sedikit, anda masih boleh membuat perubahan kepada potensi gred anda.
Cuba dan
'prioritize' utamakan apa yang penting mengikut keutamaan; Lakukan apa yang anda termampu.
Gunakan alat ulangkaji anda ( flashcard, gambar rajah dan lain-lain ) untuk memeriksa fakta akhir.
Pastikan anda bertenang dan memantapkan pengetahuan yang sedia ada dan bukannya cuba untuk belajar topik baru.
Jangan berjaga sepanjang malam mengkaji semula ; terlampau letih tidak akan membantu anda untuk melakukan yang terbaik
Belajar menguruskan perasaan gemuruh menghadapi peperiksaan!
Gunakan alat ulangkaji anda ( flashcard, gambar rajah dan lain-lain ) untuk memeriksa fakta akhir.
Pastikan anda bertenang dan memantapkan pengetahuan yang sedia ada dan bukannya cuba untuk belajar topik baru.
Jangan berjaga sepanjang malam mengkaji semula ; terlampau letih tidak akan membantu anda untuk melakukan yang terbaik
Belajar menguruskan perasaan gemuruh menghadapi peperiksaan!
Ia adalah perkara
biasa dan semulajadi untuk merasa gementar sebelum masa peperiksaan.
Semakin lebih
bersedia anda rasa , lebih mudah untuk menakluk kebimbangan anda.
Wujudkan satu pelan ulangkaji untuk membantu anda merasa terkawal.
Rancang kerja
anda dengan teliti sekitar topik yang anda perlu beri tumpuan ( yang anda agak
lemah).
Menyedari terdapat
jurang dalam pengetahuan anda boleh membuat anda gementar, tetapi mempunyai
pelan tentang bagaimana anda akan mengisi jurang itu akan membuat anda berasa
lebih baik.
Tahu butiran berkenaan peperiksaan :
- di mana dan bila ia akan berlaku
- berapa banyak masa yang dibenarkan
- berapa banyak soalan yang anda perlu menjawab
Rujuk kepada guru anda selalu untuk mendapat kepastian sekiranya masih ragu-ragu. Jika anda mempunyai buku ulangkaji tengok format peperiksaan untuk setiap kertas yang anda ambil.
Berfikir secara
positif
Pastikan
peperiksaan ini dalam konteks kehidupan sebenar - walaupun mungkin anda pernah mendapat keputusan peperiksaan yang agak teruk ( dalam percubaan tempoh hari, misalnya), sekiranya perkara itu berlaku lagi dalam peperiksaan sebenar, ingatlah masih ada pilihan lain terbuka kepada anda.
Mungkin tidak sebagaimana mudah atau sebagaimana indah, tetapi mungkin lebih
baik untuk anda. Namun demikian sentiasa target high, at least if you fail to
meet your target, you will still be amongst the stars :D
Benarkan diri
anda berseronok – sediakan masa setiap hari untuk berehat
Makan benda berkhasiat
- sel-sel otak anda memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan baik. Pastikan
anda minum air yang banyak untuk mengelakkan tubuh anda menjadi kekeringan. Dehidrasi membuat
anda letih dan mengurangkan konsentrasi.
Berdoa dan bertawakal
Ambil masa untuk berdoa, solat hajat untuk memohon kepada Allah untuk mendapat kejayaan dalam pelajaran anda.
No comments:
Post a Comment