Pages

Friday, 28 June 2013

Teknik Menghafal - Mnemonik



Bagaimana untuk mengingat dengan lebih baik. Mengekalkan dan mengingat lebih banyak maklumat.

 




Sebagai seorang murid, keupayaan mengingat dengan banyak sangatlah berharga! Banyak formula dan perkara-perkara yang anda perlu hafal dalam subjek-subjek yang anda pelajari di sekolah. Terdapat subjek-subjek yang memang memerlukan kebolehan menghafal untuk pencapaian cemerlang seperti geografi dan sejarah. Malahan subjek sains dan matematik juga memerlukan sedikit sebanyak kebolehan menghafal formula untuk menjimatkan masa menyelesaikan masalah-masalah yang diberikan.

Begitu juga dalam kehidupan sehari-hari. Ia adalah satu keadaan yang biasa – bila anda bertemu dengan seseorang yang baru, dalam seketika kemudian anda sudah terlupa nama mereka! Nama-nama, kata laluan, nombor pin dan nombor telefon ... senarainya tidah terkira - dengan begitu banyak untuk menghafal ia benar-benar mencabar untuk mengingat, tetapi bagaimanakah meningkatkan berapa banyak yang anda boleh ingat?

Sebenarnya anda boleh meningkatkan keupayaan mengingat atau menghafal! Sama seperti penggunaan setiap otot dalam badan anda, pepatah ada mengatakan "alah bisa tegal biasa" – perkara yang kerap anda lakukan akan menjadi mudah.., jadi lebih kerap anda bersenam otak anda, lebih banyak anda akan mampu mengingat atau menghafal.

Mnemonik



'Mnemonik' adalah kaedah menghafal. Mnemonik adalah teknik untuk mengingati maklumat yang sebaliknya agak sukar untuk anda ingati: Satu contoh yang mudah adalah 'BODMAS 'untuk mengingati urutan bagaimana menyelesaikan masalah dalam matematik.


BODMAS mewakili “Brackets Of Divide Multiply Add Subtract. () of / X + -“

Idea di sebalik menggunakan mnemonik adalah supaya maklumat yang sukar diingati dapat diingati dengan cara yang lebih mudah.

Otak kita berkembang untuk kod dan tafsir rangsangan kompleks seperti imej, warna, struktur, bunyi, bau, rasa, sentuhan, kedudukan, emosi dan bahasa. Kita menggunakan ini semua untuk membangunkan model yang lebih sofistikated dalam menyelesaikan permasalahan yang kompleks dalam kehidupan sehari-hari. Otak kita menyimpan semua ini dengan amat berkesan dalam ingatan.

 Malangnya, banyak maklumat yang kita perlu ingat dalam kehidupan moden dibentangkan berbeza – dalam penulisan, dan perkataan yang dicetak. Walaupun menulis adalah medium yang kaya dan canggih untuk menyampaikan hujah-hujah yang kompleks, otak kita tidak mudah mengekod maklumat bertulis tersebut, menjadikan ia sukar untuk diingati.




Menggunakan keseluruhan Minda Anda untuk mengingat



Ideanya ialah anda kod maklumat menggunakan imej-imej mental yang jelas, anda pasti boleh kod kedua-dua maklumat dan struktur maklumat. Dan kerana imej yang jelas, mudah untuk menarik balik apabila anda memerlukannya.

Teknik-teknik yang diterangkan kemudian dalam seksyen ini menunjukkan kepada anda bagaimana untuk kod maklumat jelas, dengan menggunakan cerita-cerita, imej mental yang kuat, perjalanan biasa, dan sebagainya.

Anda boleh melakukan perkara-perkara berikut untuk membuat mnemonik anda lebih mudah:

1. Gunakan perkara-perkara positif, seperti imej menyenangkan. Otak anda sering menghalang atau menolak daripada menerima perkara-perkara yang tidak menyenangkan.
2. Gunakan imej terang, berwarna-warni, yang menceriakan - ini adalah lebih mudah untuk diingati berbanding yang membosankan.
3. Menggunakan semua deria anda untuk kod maklumat atau imej. Ingatlah bahawa mnemonik anda boleh mengandungi bunyi, bau, rasa, sentuhan, pergerakan dan perasaan serta gambar.
4. Memberikan imej tiga dimensi, pergerakan dan ruang untuk membuat ia lebih jelas dalam pemikiran. Anda boleh menggunakan pergerakan sama ada untuk mengekalkan aliran mengaitkan dengan subjek anda, atau untuk membantu anda mengingat aksi tertentu.
5. Membesar-besarkan saiz bahagian-bahagian penting imej.
6. Gunakan jenaka atau humor! Perkara-perkara lucu atau pelik adalah lebih mudah untuk diingati berbanding yang normal atau 'monononous'.
7. Begitu juga, puisi yang agak “kasar” atau “lucu” melampau adalah sangat sukar untuk dilupakan! (penggunaanya perlu dihadkan untuk diri anda sendiri sahaja kerana kadangkala ini mungkin tidak manis didengari atau menyentuh sensitiviti orang lain)
8. Simbol (lampu merah trafik, menuding jari, tanda-tanda jalan raya, dan lain-lain) boleh digunakan sebagai kod perkara-perkara yang agak kompleks dengan cepat dan berkesan.




Mereka bentuk Mnemonik: imaginasi, kaitan dan Lokasi



Ketiga-tiga prinsip asas yang mendasari penggunaan mnemonik adalah imaginasi, kaitan dan lokasi. Digunakan bersama, anda boleh menggabungkannya untuk menjana sistem mnemonik yang berguna.

Imaginasi
: adalah apa yang anda gunakan untuk mencipta dan mengukuhkan kaitan yang diperlukan untuk mencipta mnemonik berkesan. Imaginasi anda adalah apa yang anda gunakan untuk mencipta mnemonik yang berguna untuk anda. Semakin kuat anda bayangkan dan menggambarkan keadaan, dengan lebih berkesan ia akan melekat dalam minda anda untuk masa ingat. Imej yang anda gunakan dalam mnemonik anda haruslah boleh membangkitkan deria anda dan seterusnya ia dapat membantu anda untuk ingat.

Penyatuan: ini adalah kaedah yang mana anda menghubungkaitkan sesuatu perkara yang akan diingati dengan perkara lain sebagai satu cara untuk mengingatinya. Anda boleh membuat penyatuan dengan

   - Meletakkan perkara-perkara di atas satu sama lain.
   - Mencampurkan perkara bersama-sama.
   - Menggabungkan imej bersama-sama.
   - Membungkus mereka di sekitar antara satu sama lain.
    - Memutarkan mereka antara satu sama lain atau semasa mereka menari bersama-sama.
    - Menghubungkan mereka dengan menggunakan warna yang sama, bau, bentuk, atau perasaan.

Sebagai contoh, anda mungkin mengaitkan gambar jantung pisang dengan bentuk peta Semenanjung Malaysia.

Lokasi: memberikan anda dua perkara: konteks jelas di mana anda boleh meletakkan maklumat supaya ia tergantung bersama-sama, dan cara untuk memisahkan satu mnemonik dari yang lain. Dengan mengetahui satu mnemonik di sebuah bandar tertentu, kita boleh mengasingkan daripada mnemonik yang sama yang terletak di tempat yang lain.

Sebagai contoh, dengan menetapkan satu di Laut China  Selatan  dan mnemonik lain yang serupa dengan imej Selat Melaka, kita boleh memisahkan mereka dengan tiada bahaya kekeliruan. Anda boleh membina rasa dan suasana tempat-tempat ini ke mnemonik anda untuk mengukuhkan perasaan lokasi.

Bagaimana anda membina mnemonik anda? Kongsikan di face book fanpage kami. :)

No comments:

Post a Comment