Pages

Friday, 29 March 2013

Berusaha tangga kejayaan




Beberapa hari selepas minggu peperiksaan kami mula menerima beberapa maklum balas berkenaan perkembangan adik-adik yang belajar di Tuisyen Geliga.

Ada juga berita gembira tentang tawaran ke sekolah asrama yang diterima murid-murid.

"Terima kasih cikgu, anak saya tidak ambil exam lagi  ..... telah berjaya mendapat tawaran ke asrama ......"

Alhamdulillah, tahniah dan selamat maju jaya kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat straight A pada PMR yang lalu, dan seterusnya mendapat tawaran ke sekolah yang bagus sama ada asrama penuh atau tidak.

Majoritinya maklumbalas yang menggembirakan hati kerana terdapat peningkatan drastik dalam pelajaran adik-adik  meskipun ada yang baru sebulan dua menyertai Tuisyen Geliga.

"Alhamdulillah. Terima kasih cikgu, anak saya ......... dh pindah dri kls ke 5 ke kelas no 2. ada kemajuan sjk tusyen d geliga"

Mesej pesanan ringkas itu datang dari seorang ibu murid memberikan semangat untuk membantu murid-murid yang merosot pelajarannya atau yang tidak tahu teknik belajar yang betul.

"Cikgu, saya dapat tempat pertama! Markah Fizik dan Add Maths tertinggi! "
kata seorang murid pula.

"Saya baru tukar ke aliran sains tapi saya berjaya mendapat keputusan yang baik untuk mata pelajaran Fizik!"
kata yang lain.

Sememangnya pencapaian yang baik memandangkan terdapat ramai yang gagal dalam fizik meskipun mereka asalnya masuk aliran sains selepas PMR.

 "Saya dapat 73 dalam mata pelajaran BM, dulu saya selalu hanya dapat 50 lebih"

Kami memang berusaha membantu murid-murid, namun demikian kredit harus diberikan kepada murid-murid tersebut juga kerana mahu mendengar kata nasihat dan berusaha dalam pelajaran mereka.
Selain daripada melakukan latih tubi yang diberikan, murid-murid harus berusaha sendiri fokus dalam kelas di sekolah dan membuat latihan-latihan tambahan untuk menjadi lebih mantap.

Ada juga keputusan murid yang hanya meningkat sedikit. Namun apabila ditanya, keputusan tahun sebelumnya sedang gelincir ke arah yang agak mencemaskan. Ada subjek yang masih memerlukan rawatan ICU. Sebelum menyertai kami keputusannya melurut setengah setiap kali peperiksaan. Jelas terdapat masalah memahami konsep tetapi tidak ada usaha ke arah memahami keadaan tersebut.  Mujur saja keputusannya secara keseluruhan untuk peperiksaan kali ini meningkat semula meskipun sedikit, sebagai permulaan. Murid-murid harus lebih prihatin dengan keputusan peperiksaan mereka. Murid yang sejak awal tahun lepas dengan 'trend' menurun perlu melakukan sesuatu untuk merencat penurunan itu.

Di antaranya ialah mengenali sebab penurunan markah dalam peperiksaan. Mungkin kerana aktiviti di luar yang lebih aktif dari di sekolah? Tiada fokus? Tidak membuat kerja rumah yang guru-guru sekolah berikan?
Ingatlah, kerja rumah yang guru-guru berikan itu bukan semata-mata kerja rumah. Ia disarankan untuk membantu pemahaman adik-adik terhadap topik yang sedang dipelajari. Topik yang anda pelajari bukan semakin hari semakin mudah, ada yang semakin kompleks, jadi jika tahap penglibatan dalam pelajaran masih di takuk lama, adik-adik tidak akan mampu menanganinya kemudian.

Adik-adik yang akan mengambil peperiksaan penting seperti SPM, PMR, UPSR perlulah meningkatkan masa untuk mengulangkaji. Suka atau tidak, inilah sistem yang adik-adik terpaksa tempuhi. Jadi terima keadaan ini dengan hati terbuka.

Menurut penelitian, murid-murid yang tidak mampu mendapat keputusan memberangsangkan terutama dalam Matematik, adalah kerana lemah dalam asas-asas Matematik. Maksudnya, sekiranya adik-adik berada dalam tingkatan 3, adik-adik tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah Matematik di tahap ini sekiranya adik-adik lemah dalam topik-topik asas seperti kiraan pecahan, Teorem Pythagoras, pemfaktoran dan sebagainya. Topik-topik ini yang sememangnya diajar di sekolah ketika kamu di tingkatan 1 dan 2, sepatutnya adik-adik fahami dahulu. Umpama membina sebuah bangunan, jika tiang dan asasnya goyah, bagaimana adik-adik dapat membina tingkat yang lebih tinggi?

Satu lagi faktor ialah mempunyai sifat 'tidak apa' yang tinggi. Murid-murid harus sedar yang mereka hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk peperiksaan penting itu. Ubah sikap ini sebelum terlambat. Jika kamu menghadiri tuisyen, fokus pada tutor dan buat latihan-latihan yang diberikan. Jika tidak adik-adik hanya merugikan wang ibu bapa yang bekerja keras untuk mempastikan adik-adik mengulang kaji pelajaran setiap hari dengan tutor.

Untuk murid-murid yang berjaya mendapat keputusan yang bagus, tahniah diucapkan.  Namun untuk mencapai keputusan cemerlang secara berterusan, perlu usaha dengan tidak mengenal jemu. Cabar diri adik-adik untuk melangkau tahap yang lebih tinggi. Sekiranya hari ini adik-adik hanya mendapat 60% untuk subjek Fizik, cuba sasar untuk mendapat sekurang-kurangnya 80% untuk peperiksaan bulan Mei nanti.

Jika berjaya ucap syabas kepada diri anda sendiri kerana telah berusaha untuk mengubah nasib anda. Ingatlah tanpa doa dan keizinan Allah segalanya adalah mustahil.

Paling utama, jauhi perasaan riak dan takbur kerana ia terbukti merosakkan dan tidak baik untuk kita.

Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti.

Berterima kasihlah dengan guru-guru dan ibu bapa yang saban hari mendoakan kejayaan anda.
Teruskan berusaha dan memajukan diri semoga anda semua akan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Untuk adik-adik yang mahu berusaha untuk mengubah keadaan menyertai tuisyen adalah suatu ikhtiar. Hubungi kami untuk mendapatkan info pakej tuisyen dan bimbingan belajar dengan teknik yang betul di Geliga.


Selamat berjaya.


No comments:

Post a Comment